Welcome to KAMI ICC Group Horse Power's Weblog!!

Tuesday, July 8, 2008

Presentation's Day


Mengikut kajian rambang yang dijalankan terhadap kumpulan-kumpulan K.A.M.I yang bertanding dalam tahun ini, rata-rata kumpulan tidak bersetuju dengan tarikh persembahan yang dimaklumkan oleh pihak sekretariat.

Kebanyakan daripada mereka tidak berpuashati dengan tarikh tersebut dengan menyifatkan ianya terlalu cepat untuk mereka menyiapkan projek. Menurut beberapa ketua kumpulan yang sempat ditemubual, mereka mengjangkakan setiap sesuatu projek yang dijalankan perlu mendapat secukup masa iaitu sekurang-kurangnya tempoh setahun berbanding hanya 6~7 bulan yang diberi tahun ini. Tetapi kebanyakan mereka hanya berdiam diri tidak mahu bersuara.

Seperkara lagi yang menimbulkan perasaan ketidakpuasan hati apabila tarikh persembahan yang sepatutnya pada 25 & 26 Julai 2008 telah diubah kepada 25 Julai 2008 dan 2 Ogos 2008. Perkara yang berbangkit adalah bagi kumpulan-kumpulan yang membuat persembahan pada 2 Ogos telah mendapat tambahan masa sebanyak seminggu berbanding dengan kumpulan-kumpulan yang membuat persembahan pada 25 Julai 2008. Namun seperti isu pertama tadi mereka hanya berdiam diri.

Horse Power hanya menjadi medan luahan perasaan..... No hal.

No comments: