Nampak blog ni sudah menimbulkan kontroversi. Selama beberapa hari yang lepas, admin. telah merima tekanan tentang beberapa artikel yang dipapar dalam blog ini yang dikatakan menimbulkan kemarahan pihak tertentu.
Ingin admin. maklumkan di blog PERIBADI ini bahawa artikel-artikel yang disiarkan sebelum dan selepas ini adalah artikel yang berdasarkan PENDAPAT orang ramai dan diri sendiri admin. sendiri disamping dicedok (cut & paste) dari laman-laman web yang lain. Admin. juga tidak pernah mengkritik polisi-polisi dan tatacara syarikat tempat admin. bekerja. TIDAK SAMA SEKALI.
Admin. berpendapat artikel-artikel yang disiarkan adalah benar dan ianya juga berdasarkan pendapat orang ramai yang ditemui, dilapurkan dan diluahkan kepada admin. Tiada peribadi, tiada yang direka-reka. Tetapi jika ada pengunjung tidak suka dengan artikel yang disiarkan, itu hak mereka.
Walaubagaimana pun, admin. akur dengan SEKATAN KEBEBASAN BERSUARA yang dialami oleh admin.
Dan sesuatu ingin admin. tekankan di sini, WEBLOG adalah sebuah laman web PERIBADI di mana pengendali berhak mencatatkan sesuatu yang apa yang difikirkan benar selagi ianya tidak berunsur fitnah.
Jika ada yang terasa, admin. tidak menggalakkan anda mengunjung web ini.
Thursday, July 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment