Sultan Johor Sultan Iskandar bertitah baginda akan berikhtiar mencari jalan bagi mendapatkan semula hak kedaulatan Pulau Batu Puteh yang kini dimiliki Singapura.
Ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Johor Bahru hari ini, baginda bertitah bahawa pulau berkenaan bukan milik republik itu sebaliknya hak milik kerajaan Johor.
Pada 23 Mei lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda, dalam penghakimannya yang menamatkan pertikaian antara Malaysia dan Singapura, memberikan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura dan Terumbu Karang Tengah kepada Malaysia. Kedaulatan Terumbu Karang Selatin pula menjadi milik negara di perairan di mana ia terletak.
No comments:
Post a Comment