Welcome to KAMI ICC Group Horse Power's Weblog!!

Wednesday, June 11, 2008

Lagi tang minyak !!

Betulker harga minyak kita masih lagi termurah di rantau ini?

Pendapatan perkapita Malaysia = USD 14,400

Harga Minyak = USD 3.12/g



Pendapatan perkapita Singapura = USD 48,900

Harga Minyak = USD 6.28/g


Pendapatan perkapita Amerika = USD 46,000

Harga Minyak = USD 4.00/g


Perkiraan mengambilkira gelen kerana harga minyak di US berdasarkan penggunaan gelen.

*1 gelen = 3.785 liter

* 1 USD = RM 3.27

Jika seorang rakyat memperuntukan kegunaan lebih kurang 30 gelen (114 liter) sebulan maka % peruntukan minyak sebulan berdasarkan pendapatan mereka ialah:

Malaysia - 0.65%

Singapura - 0.38%

Amerika - 0.26%

Maksudnya, kita memperuntukkan % yg tinggi terhadap penggunaan minyak secara bulanan. Harus diingat bahawa:


1. Amerika adalah pengimport bersih minyak..
2. Singapura mempunya alternatif memilih minyak yg murah diseberang tambak Johor..
3. Pendapatan perkapita adalah salah satu kaedah kasar dengan membahagikan pendapatan negara (KDNK) kepada guna tenaga. Bukan semua Rakyat Malaysia berpendapatan USD 14,400. Majority rakyat Malaysia adalah rakyat golongan pertengahan dan bawahan.

Kita pergi detail sket... Pendapatan perkapita di negeri paling kaya dan miskin di Malaysia..

KL – RM36, 597 (USD11,192) = 0.84%

Kelantan – RM7,500 (USD2,294) = 4.1%


Peratus peruntukkan utk perbelanjaan minyak pulak adalah 0.84% bagi KL manakala 4.1% bagi Kelantan..

Kesian.. kuasa beli kita masih kecil rupanya kalau nak dibandingkan dengan negara lain.. Gaji besar..patut pun harga minyak tinggi..

Bayangkan kalau gaji kita RM2,500 (USD 765)..banyak tak korang habis utk isi petrol jer sebulan?

Lagi satu, kesian kat kita kalau nak compare Singapore tu, negara ada kemudahan awam yg effisien, LRT/MRT bersimpang siur, harga kereta tak macam kita, padahal..settitik minyak pun takder dalam perut bumi... kita ni pergi mana semua tu?

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikummm...
pasal minyak,memang rasanya tak ada orang yang puas hati pasal minyak naik ne kecuali pak lah dan sekutunya.
Kalau di lihat balik sekarang ini rakyat malaysia ne sudah jatuh miskin semuanya...doleh dapat bantuan zakat pun...yer mana tidaknya dengan gaji yang dapat,pertama kena cukai pendapatan,beli kereta cukai lagi,beli rumah cukai pintu,bila jalan2 bayar tol,bila makan 5% tax kerajaan.jadi duit yang kita dapat cuma berapa % sajer boleh guna...