Welcome to KAMI ICC Group Horse Power's Weblog!!

Thursday, May 28, 2009

Cara memberi SALAM dengan betul



Sumber : radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi bercerita tentang
sunnah Rasulallah s.a.w.

Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda Rasul SAW memberi salam dgn lafaz
"assalamualaikum" dan para sahabat menjawab salam dgn salam yg
penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - "assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim
salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contohnya... Bukanlah : "Kirim
salam kat ZIZAH ye"

Dan janganlah sesekali berkata "Kirim salam maut" - statement ini adalah berdosa, walaupun
sekadar gurauan!

Manakala kita selalu dapat sms perkataan Akum.....

A'kum adalah bahasa Yahudi laknatul Lah bagi singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Oleh itu rakan-rakanku janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum"
dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", tolong kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD KEPADA TEMAN TEMAN ANDA,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

No comments: